mutakhir

Peguam Negara mula tugas

Oleh Siti A'isyah Sukaimi dan Suhaila Shahrul Annuar

PEGUAM Negara, Tommy Thomas, hari ini, melapor diri di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya, bagi memulakan tugasnya.

Beliau tiba di jabatan itu pada jam 1.21 tengah hari.

Sejurus sidang media, beliau naik ke pejabatnya difahamkan untuk taklimat dengan pegawai di jabatan berkenaan.

Isnin lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Thomas sebagai Peguam Negara.

Pelantikan Thomas, 66, dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Dr Mahathir mencadangkan Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan

'Pelantikan Tommy tidak gugat Perlembagaan' [METROTV]

'Tanggungjawab hebat' [METROTV]

Semoga berjaya di kerusi panas... - Apandi

Tommy Thomas dilantik Peguam Negara

Tak mahu krisis perlembagaan - Muhyiddin

Usaha selesai pelantikan Peguam Negara - PM [METROTV]

Disiarkan pada: June 6, 2018 @ 2:23pm
d