mutakhir

[UPDATE] Nurulhidayah turut diambil keterangan

Oleh Azura Abas; Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar

TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya mengambil keterangan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, hari ini.

Azam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sekali gus menafikan kenyataan Nurulhidayah bahawa dia hadir ke SPRM untuk menemani bapanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, kami merekodkan keterangannya hari ini, turut direkodkan keterangan ialah Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

“Kedua-dua mereka hanya direkodkan keterangan hari ini, tidak sambung esok,” katanya.

Terdahulu, Nurulhidayah memaklumkan dia hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk menemani bapanya dan bukan dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sebaik dilihat keluar dari bangunan SPRM jam 4.52 petang tadi.

“Tidak, saya teman dia (Ahmad Zahid) sahaja,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Berita berkaitan

Ahmad Zahid selesai beri keterangan

[UPDATE] Nurulhidayah dipanggil ke SPRM

Zahid dipanggil kali ketiga ke SPRM

Disiarkan pada: October 10, 2018 @ 7:06pm
d