mutakhir

Jenazah ADUN Semenyih selamat dikebumikan

Oleh Fahmy Azril Rosli

JENAZAH Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir Baru di Semenyih, jam 3 petang ini.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Jamek Kampung Pasir Baru yang diimamkan oleh ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri selepas solat Jumaat, jam 2.15 petang.

Dianggarkan, seramai 200 orang ramai termasuk pemimpin tertinggi dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) hadir solat jenazah.

Antaranya, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang, akibat serangan jantung, pada jam 4.45 pagi hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Basirah Sardiq Muhammad, 49 dan lima orang anak.

Bakhtiar, menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz, daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

Berita berkaitan

Tun M ucap takziah

BERSATU Selangor akan bincang lanjut

ADUN Semenyih meninggal dunia

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Disiarkan pada: January 11, 2019 @ 4:24pm
    d