mutakhir

Hasil pembedahan Azalea diketahui Selasa ini

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

HASIL pembedahan dijalani kanak-kanak perempuan yang melecur seluruh badan akibat tersimbah sambal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, 7 Febuari lalu, akan diketahui beberapa hari lagi.

Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43, berkata, hasil pembedahan dilakukan terhadap Azalea Hani Abdul Rahim, 5, Jumaat lalu hanya dapat diketahui, Selasa ini.

“Saya sudah berjumpa doktor semalam dan dimaklumkan bahawa perlu menunggu hingga Selasa ini bagi mengetahui keadaan kesihatan Azalea selepas pembedahan itu.

“Ini kerana pihak doktor perlu melihat penerimaan badan Azalea terhadap pembedahan dilakukan, Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Zalida berkata, ketika ini, Azalea masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, namun stabil.

“Saya difahamkan akan ada lagi pembedahan susulan dilakukan selepas ini, namun buat masa ini, kami sekelurga masih menunggu keputusan hasil pembedahan berkenaan.

“Saya sekeluarga kena kuat untuk menerima apa pun yang terjadi demi Azalea. Saya berharap semua pihak turut sama mendoakan kesihatan Azalea supaya kembali sembuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, Azalea Hani dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan melecur yang parah.

Azalea selamat menjalani pembedahan hampir lima jam, Jumaat lalu.

Kos perubatan Azalea ditampung oleh Hospital Sungai Buloh dan Lembaga Zakat Selangor sepanjang dia dirawat di hospital berkenaan sejak lebih dua minggu lalu.

Berita berkaitan

  • Azalea selamat jalani pembedahan
  • [UPDATE] 'Alhamdulillah...terima kasih semua'
  • Melecur 'bermandikan' sambal popia mendidih
  • Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 9:26am
    d