mutakhir

Dakwa suspek esok

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

SUSPEK cubaan samun motosikal Yamaha Y15 milik penghantar makanan Grab Food akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 33 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 393 kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan merompak dan Seksyen 324 KK kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

“Esok, suspek pertama yang ditahan pada Sabtu lalu kerana cubaan samun motosikal milik seorang penghantar makanan Grab Food akan didakwa di mahkamah.

“Pendakwaan dilakukan mengikut dua kesalahan iaitu Seksyen 324 KK dan Seksyen 393 KK dan dituduh bersama seorang lagi rakan sejenayahnya yang masih bebas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian 2.53 petang Jumaat lalu, seorang penghantar makanan Grab Food berusia 22 tahun cedera selepas bergelut dengan dua penjenayah yang cuba menyamun motosikalnya.

Kejadian berlaku di Phileo Damansara apabila mangsa dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal Yamaha 125 ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan berkenaan.

Dua penjenayah berkenaan bagaimanapun gagal melarikan motosikal milik mangsa dan melarikan diri sebelum mangsa menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik salah seorang suspek.

Malah, rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) kejadian cubaan samun itu juga turut tular di media sosial.

Berita berkaitan

Mana kau nak sembunyi?

Seorang dah kena 'kutip'... [METROTV]

Tunggu kena 'kutip' je la...

Demi 'Ysuku'... [METROTV]

Disiarkan pada: August 14, 2019 @ 6:33pm
d