mutakhir

Allahyarham wira berani - MB Perak

Oleh Farah Suhaidah Othman

MENTERI Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut akibat terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kasi, Sabah wira yang berani dan pemergiannya kehilangan besar kepada negara.

Beliau mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Perak mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) itu.

“Allahyarham saya sifatkan berani, kalau kita lihat kejadian, latihan sebegitu Allahyarham dan rakan-rakannya selalu lakukan.

“Apa yang dilakukan (latihan menembak) bukan untuk menunjukkan kehebatan diri sebaliknya untuk memperkemaskan kecekapan mereka demi mempertahankan negara, jadi pemergian Allahyarham kita anggap pemergian seorang wira.

“Saya sendiri anggap beliau adalah wira dan semangat yang ditunjukkan akan sentiasa saya kenang,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu mentua Allahyarham di Taman Perpaduan, Ipoh hari ini.

Ahmad Faizal tiba di kediaman ibu mentua Allahyarham pada 6.45 pagi bagi memberi penghormatan terakhir serta mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Zahir.

Turut hadir memberi penghormatan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Berita berkaitan

Arwah lebih hebat daripada saya - AR Badul

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Botol 'darah' tak pecah

Suasana pilu iringi ketibaan jenazah Mejar Zahir

Arwah Mejar Zahir kelakar, mudah mesra

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

Badul sanjung arwah, nafi tak rapat

Mejar Zahir syahid akhirat

Ini 'show' yang terakhir - Mejar Zahir

'Arwah sempat swafoto sebelum demonstrasi itu'

Seorang anggota tentera disiasat

TDM siasat Insiden komando mati tertembak

'Mesti disiasat, sepatutnya tak bocor'

Badul reda pemergian Mohd Zahir

Anak A R Badul mati tertembak

Disiarkan pada: September 5, 2019 @ 11:53am
d