mutakhir

Selesaikan segera siasatan - Mohamad Sabu

Oleh Nur Lela Zulkipli

SIASATAN berhubung kes kematian Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut ketika melakukan aksi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Rabu lalu, akan disiapkan secepat mungkin.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, buat masa ini, beliau dimaklumkan polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden itu.

“Polis masih jalankan siasatan. Saya yakin sekejap saja (siasatan), tidak ambil masa lama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Run For Peace 2019 di Padang Besar Taman Klang Jaya di Klang, hari ini.

Mohammad, bagaimanapun, tiada jangkaan masa tepat bila siasatan berkenaan akan selesai sepenuhnya.

Mohd Zahir, 36, yang juga anak kepada pelakon dan pelawak terkenal, AR Badul maut selepas terkena tembakan jarak dekat.

Insiden itu berlaku ketika Mohd Zahir melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 8.40 pagi, Rabu lalu.

Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan menjalankan siasatan penuh berhubung insiden berkenan.

Katanya, siasatan lengkap akan dijalankan pihaknya sebelum sebarang kenyataan yang disokong dengan fakta dikeluarkan polis.

Berikutan itu, seorang anggota tentera disiasat berhubung insiden kematian Mohd Zahir ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohamad berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi bantuan sewajarnya kepada balu Allahyarham Mohd Zahir.

“Sudah menjadi kebiasaan kepada ATM untuk membantu keluarga kepada mana-mana pegawai dan anggotanya yang terkorban.

“ATM ada macam-macam bantuan yang akan disalurkan kepada balu Allahyarham Mohd Zahir,” katanya.

Berita berkaitan

Balu teruskan 'legasi' Mejar Mohd Zahir

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Kenangan celoreng berdarah

PDRM jalankan siasatan terperinci

Allahyarham wira berani - MB Perak

Arwah lebih hebat daripada saya - AR Badul

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Botol 'darah' tak pecah

Suasana pilu iringi ketibaan jenazah Mejar Zahir

Arwah Mejar Zahir kelakar, mudah mesra

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

Badul sanjung arwah, nafi tak rapat

Mejar Zahir syahid akhirat

Ini 'show' yang terakhir - Mejar Zahir

'Arwah sempat swafoto sebelum demonstrasi itu'

Seorang anggota tentera disiasat

TDM siasat Insiden komando mati tertembak

'Mesti disiasat, sepatutnya tak bocor'

Badul reda pemergian Mohd Zahir

Anak A R Badul mati tertembak

Disiarkan pada: September 8, 2019 @ 12:09pm
d