mutakhir

Mangsa pemastautin tetap Australia

Oleh Suraya Roslan

RAKYAT Malaysia yang dilaporkan kritikal dalam kejadian letusan gunung berapi di White Island, New Zealand disahkan sebagai pemastautin tetap Australia.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini mengesahkan, pihaknya menerima pengesahan daripada Pusat Koordinasi Kecemasan, Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) New Zealand bahawa hanya seorang rakyat Malaysia terbabit dalam insiden pada 9 Disember itu.

“Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal itu akan dipindahkan ke Sydney, Australia untuk menerima rawatan lanjut dan akan dipindahkan esok.

“Bagaimanapun, urusan penghantaran mangsa ke Australia adalah bergantung kepada penilaian pihak Hospital Christchurch terhadap keadaannya,” katanya.

Kementerian Luar Negeri turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan New Zealand dan pihak berkuasa tempatan atas bantuan yang telah dihulurkan kepada mangsa terbabit dalam insiden itu.

Berita berkaitan

Letusan gunung berapi: Rakyat Malaysia parah [METROTV]

Lebih 24 orang mungkin sudah mati

Nyaris terkena letusan

Gunung berapi di New Zealand meletus

Disiarkan pada: December 12, 2019 @ 5:55pm
d