mutakhir

LHDN tutup Hasil Care Line mulai Khamis

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PUSAT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Hasil Care Line (HCL) akan ditutup mulai Khamis ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, perkhidmatan ditawarkan oleh LHDNM adalah terhad seperti perkhidmatan dalam talian untuk pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

Menurutnya, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat melalui HASiL Live Chat, email kepada pusat khidmat pelanggan LHDNM.

“Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 24, 2020 @ 9:24pm
    d