mutakhir

Kontroversi Asri Janggut: Mereka akan diambil keterangan - Polis

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kesemua individu yang terbabit dalam wawancara dihadiri Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, individu terbabit sudah dikenal pasti iaitu mereka yang diwawancara, penganjur dan penghasil kedua-dua video hingga tercetus kontroversi mengenai dakwaan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat.

"Kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan.

"PDRM menegaskan tindakan dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang. Tiada individu atau entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab PDRM, Cheras di Kuala Lumpur, hari ini.

Peniaga burger kontroversi itu mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Dakwaan yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen mengecam kata-katanya.

Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.

Huzir berkata, polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) dan 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Beliau menggesa orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedar kenyataan, khabar angin serta berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni.

Berita berkaitan

'Penolong pegawai penguatkuasa MBSA direman [METROTV]'

'Ini penghinaan kepada penjawat awam'

Saya akui kebodohan, maafkan saya - Asri Janggut [METROTV]

Dakwaan Asri Janggut keterlaluan - KPN

Tuduh polis tak jaga solat, kertas siasatan terhadap Asri Janggut dibuka

Ulasan Asri Janggut polis tak solat cetus kontroversi [METROTV]

Berita berkaitan

Seorang lagi penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Video Asri Janggut: 'Berani buat, beranilah tanggung' - KP Selangor

Video Asri Janggut: Akan ada penguat kuasa agensi lain ditahan

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 13, 2020 @ 12:09pm
d