mutakhir

Kerbau 'Mowgli Malaysia' sudah tiada simptom hawar berdarah

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sudah memberikan rawatan dan suntikan antibiotik kedua terhadap ternakan Muhammad Syukur Khamis, 15, atau 'Mowgli Malaysia' hari ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, suntikan itu diberikan selepas melihat tanda-tanda positif yang ditunjukkan ternakan berkenaan selepas menerima suntikan pertama pada 18 September lalu.

"Semua kerbau tidak lagi mempunyai simptom penyakit hawar berdarah (HS) seperti sebelum ini termasuk selesema.

"Hanya seekor sahaja direkodkan mati hari ini iaitu seekor ibu kerbau yang mengalami keguguran Sabtu lalu.

"Ibu kerbau itu mati bukan kerana HS tetapi kesan daripada kecederaan dan tekanan selepas mengalami keguguran," katanya ketika ditemui pada Program Kacau Bubur Asyura JPV Terengganu di Pejabat JPV Negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Bahagian Kesihatan JPV Terengganu, Dr Wan A'idah Wan Hashim.

Termizi berkata, pihaknya akan memantau keadaan berkenaan, dan jika tiada kematian baru dalam tempoh dua minggu, JPV akan memberikan suntikan pelalian HS atau vaksin pencegahan ke atas semua kerbau itu.

"Apabila kerbau diyakini bebas daripada penyakit, ia tidak perlu dikuarantin lagi," katanya.

Menurutnya, JPV yakin berjaya mengawal dan merawat penyakit HS yang menular di kawasan penternakan kerbau milik keluarga Muhammad Syukur itu, dan percaya kerbau lain dapat diselamatkan.

Menurutnya, pihaknya akan meneruskan penvaksinan pencegahan HS ke atas semua ternakan lain di negeri ini sehingga akhir Disember.

"Bermula Januari sehingga 15 September lalu sebanyak 9,442 kerbau dan lembu sudah divaksin bagi mencegah HS.

"Marang mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 2,828 ternakan divaksin manakala di Kuala Terengganu sebanyak 2,567 ternakan.

"JPV mensasarkan sebanyak 3,000 lagi ternakan di kawasan berpotensi merebak HS menerima suntikan vaksin pencegahan itu," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kerbau milik Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' mati secara tiba-tiba sejak 9 September lalu kerana diserang penyakit Haemorragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Berita berkaitan

Saya masih 'Budok Kuba'

Jangan makan daging dijangkiti hawar berdarah

Tular tanpa kebenaran keluarga

Tongkol pula mati

'Saya lega dan terharu' - bapa 'Mowgli Malaysia'

9 lagi kerbau 'Mowgli Malaysia' mati pagi ini

'Hari paling sedih dalam hidup saya'

Kandang kerbau Syukur ditutup JPV

5 lagi kerbau Syukur mati [METROTV]

Peminat jumpa 'Mowgli Malaysia' beri sokongan moral

''Syukur kena sabar, ada hikmah tersembunyi' - Menteri Agama'

'Kerbau 'Mowgli' mati kerana hawar berdarah [METROTV]'

'30 kerbau 'Mowgli' mati mengejut [METROTV]'

Disiarkan pada: September 22, 2020 @ 4:55pm
d