mutakhir

Bersyukur kerbau kembali sihat

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: "Saya berasa lega kerana baki kerbau yang tinggal tidak sakit dan mati lagi," kata Muhammad Syukur Khamis.

Muhammad Syukur, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' berkata, dia sudah mula ke sekolah sejak seminggu yang lalu dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.

"Tidak perlu lagi berada di kandang setiap masa, hanya pada waktu petang sahaja saya ke kandang kerbau untuk memberi makan dan mengurusnya.

"Kerbau tidak perlu lagi dipantau seperti sebelum ini iaitu ketika pada awal penyakit hawar berdarah (HS) menyerang ternakan.

"Saya bersyukur kerana sebanyak 53 kerbau yang tinggal tidak lagi menunjukkan tanda-tanda dijangkiti penyakit HS itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong, Serada, hari ini.

Tambahnya, dia difahamkan semua ternakannya itu akan diberikan suntikan pelalian HS oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kuala Terengganu minggu hadapan.

Menurutnya, kejadian ternakan diserang penyakit HS itu memberi pengajaran kepada dia dan keluarganya.

"Selepas ini kami akan pastikan semua ternakan termasuk kerbau, lembu, kambing dan ayam yang diternak sentiasa mendapatkan suntikan pelalian HS itu mengikut jadual yang ditetapkan.

"Tidak sanggup lagi melihat ternakan mati mengejut kerana penyakit berkenaan," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 57 daripada 110 kerbau yang diternak keluarganya mati secara tiba-tiba sejak 9 September lalu kerana diserang penyakit Heamoragic Septicaemia (HS) atau hawar berdarah.

Berita berkaitan

'Bersyukur anak bantu jaga kerbau'

Bomba basahkan kerbau Syukur dua hari sekali

Senik mati akibat keguguran

Kerbau 'Mowgli Malaysia' sudah tiada simptom hawar berdarah

Sekolah sedia bantuan kaunseling buat 'Mowgli Malaysia'

Saya masih 'Budok Kuba'

Jangan makan daging dijangkiti hawar berdarah

Tular tanpa kebenaran keluarga

Tongkol pula mati

'Saya lega dan terharu' - bapa 'Mowgli Malaysia'

9 lagi kerbau 'Mowgli Malaysia' mati pagi ini

'Hari paling sedih dalam hidup saya'

Kandang kerbau Syukur ditutup JPV

5 lagi kerbau Syukur mati [METROTV]

Peminat jumpa 'Mowgli Malaysia' beri sokongan moral

''Syukur kena sabar, ada hikmah tersembunyi' - Menteri Agama'

'Kerbau 'Mowgli' mati kerana hawar berdarah [METROTV]'

'30 kerbau 'Mowgli' mati mengejut [METROTV]'

Disiarkan pada: October 4, 2020 @ 11:09am
d