utama

Polis cari Ustaz Zubir [METROTV]

Oleh Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mencari individu bernama Zubir Yahya atau dikenali sebagai Ustaz Zubir bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan rumah DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources.

Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lelaki itu dikatakan menggunakan agama atau lebih sesuai digelar penunggang agama sebagai pelaris untuk menipu.

"Kita perlukan Ustaz Zubir ini bagi melengkapkan siasatan.

"Setakat ini, polis sudah menahan empat individu iaitu Datuk Nuruliman A Rahman, Siti Nurbaiyah Yahya atau Datuk Anggun dan dua lelaki," katanya ketika sidang media di Pejabat JSJK, Menara 238, Kuala Lumpur.

Acryl berkata, sebanyak 18 kertas siasatan sudah dibuka daripada 210 laporan polis yang membabitkan kerugian RM6.8 juta.

Katanya, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Keempat-empat suspek ditahan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Syarikat itu menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. Namun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan.

Keempat-empat suspek ditahan Isnin lalu di lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Zubir diminta hubungi balai polis berdekatan.

Berita berkaitan

Siasat gelaran Datuk dipakai Boy Iman

Pegawai Juta Kelulut Global Resources pula direman

Boy Iman kena reman dua hari [METROTV]

'Habuk pun tiada...'

Tolong tangkap empat lagi penipu!

Boy Iman kena tahan

Disiarkan pada: October 6, 2017 @ 12:23pm
d