utama

Dah meninggal dunia, rupanya...

Oleh Wartawan Harian Metro

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

“Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita berkaitan

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Disiarkan pada: March 6, 2019 @ 11:24am
d