utama

Balu teruskan 'legasi' Mejar Mohd Zahir

Oleh Muhammad Apendy Issahak

JASADNYA sudah tiada, namun semangat serta rancangan kehidupan yang disusun bersama sebelum ini masih mekar dan akan tetap diteruskan.

Itu tekad balu Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang kini sendirian mengemudi kehidupan sendirian bersama anaknya termasuk bayi, Izzul Zakly berusia enam bulan.

Pasangan itu turut mempunyai empat lagi anak, Muhammad Irfan Daniel, 10, Muhammad Abel Zulkarnain, 9; Muhammad Remy Iskandar, 8; dan Nur Adriana, 6.

Nour Shafinar Harun, 31, berkata, tidak akan mengabaikan rancangan yang diatur dengan arwah kerana itu juga cara untuknya meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anaknya.

Dia yang sebelum ini berkhidmat di 12 Kompeni Khor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur, sepatutnya berpindah ke Ipoh, Perak pada November dan menguruskan perniagaan rekaan baju-T yang jadi legasi arwah.

“Rancangan ini dimuktamadkan beberapa hari sebelum arwah berlepas ke Sabah (pada 26 Ogos). Sebelum itu kami memang ada merancang untuk menetap sama ada di Melaka, Kuala Lumpur atau Perak.

“Persediaan juga sudah dibuat terutama selepas saya berhenti kerja sejak Jun lalu untuk memberi tumpuan sebagai suri rumah dan perniagaan kami.

“Kemudian arwah berkata sebelum dia pergi ke Sabah ‘umi muktamad, kita duduk Perak, kita balik Perak’ dan saya beritahu jika begitu, saya akan cari rumah dekat kawasan Batu Gajah.

“Sebabnya jika dia dapat bertukar ke Perak, kemungkinan dia bertugas di kem di Batu Gajah, tetapi arwah cakap jangan cari rumah di situ sebaliknya cari dekat dengan rumah mak saya (di Ipoh),” katanya yang ditemui di kediaman ibunya di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, hari ini.

Nour Shafinar berkata, arwah juga mencadangkan supaya dia dan anaknya berpindah dahulu ke Ipoh dan arwah menyusul kelak, menyebabkan saya bercadang berpindah pada November.

“Namun kini hanya saya dan anak-anak sahaja berpindah ke sini (Ipoh) dan perpindahan ini lebih awal daripada apa dirancang.

“Saya akan usahakan perpindahan sekolah anak-anak saya pada awal tahun depan,” katanya yang memberitahu akan tetap meneruskan perniagaan diasaskan arwah Mohd Zahir.

Katanya, Mohd Zahir berkemahiran membuat rekaan baju T dan kerap memakai baju T yang direka sendiri kerana minat mendalam terhadap bidang itu.

“Saya akan teruskan cita-cita dia ini kerana dia memang minat perniagaan dan mereka baju T terutama pakaian ketenteraan,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir yang juga anak kepada seniman terkenal AR Badul meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah pada Rabu lalu.

Berita berkaitan

Kenangan celoreng berdarah

PDRM jalankan siasatan terperinci

Allahyarham wira berani - MB Perak

Arwah lebih hebat daripada saya - AR Badul

Jenazah Mohd Zahir selamat dikebumikan [METROTV]

Botol 'darah' tak pecah

Suasana pilu iringi ketibaan jenazah Mejar Zahir

Arwah Mejar Zahir kelakar, mudah mesra

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah

Badul sanjung arwah, nafi tak rapat

Mejar Zahir syahid akhirat

Ini 'show' yang terakhir - Mejar Zahir

'Arwah sempat swafoto sebelum demonstrasi itu'

Seorang anggota tentera disiasat

TDM siasat Insiden komando mati tertembak

'Mesti disiasat, sepatutnya tak bocor'

Badul reda pemergian Mohd Zahir

Anak A R Badul mati tertembak

Disiarkan pada: September 6, 2019 @ 4:46pm
d