utama

Rakyat Malaysia korban gunung berapi

Oleh Agensi

WELLINGTON: Seorang rakyat Malaysia dipercayai antara mangsa yang maut sebuah gunung berapi meletus secara tiba-tiba di New Zealand semalam.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dalam satu kenyataan di Twitter mengesahkan seorang rakyat Malaysia terbunuh.

“Pada pagi ini pihak berkuasa New Zealand memberitahu sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia terbunuh,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand memberitahu lapan mangsa lagi masih hilang dan jumlah kematian setakat ini masih kekal lima orang.

Pelancong yang hilang adalah dari Australia, Amerika Syarikat, Britain dan China selain warga New Zealand sendiri yang bertugas sebagai pemandu pelancong.

Berita berkaitan

'Lebih 24 orang mungkin sudah mati'

Nyaris terkena letusan

Gunung berapi di New Zealand meletus

Disiarkan pada: December 10, 2019 @ 9:41am
d