IBADAT umrah usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berkemungkinan tidak sah, kata Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.
Menurutnya, ia mengambil kira perbuatan bersalam-salaman dan berpelukan antara Muhammad Sajjad dan jemaah lain bukan mahramnya, yang jika berlaku boleh membatalkan wuduknya.
“Dalam keadaan wuduknya yang terbatal itu, sekiranya Muhammad Sajjad mengerjakan tawaf umrah, maka tawafnya tidak sah kerana syarat sahnya perlu dalam keadaan berwuduk.
“Juga dalam situasi itu, seandainya dia terus melakukan ibadat saie dan bertahalul, maka umrahnya masih belum sempurna,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Alor Setar, hari ini.
Ditanya mengenai hukum wanita yang bersalaman dengan Muhammad Sajjad, Syeikh Fadzil berkata, wuduk mereka tidak terbatal kerana dalam keadaan tidak mengetahui identiti sebenar usahawan itu.
“Tetapi bagi jemaah yang kenal Muhammad Sajjad dan masih bersalaman dan bersentuhan dengannya, maka wuduk jemaah itu akan terbatal, sekali gus mengganggu ibadat umrahnya,” katanya.
Beliau juga mengulas bahawa Muhammad Sajjad masih terikat dengan larangan ihram sekiranya sudah kembali ke tanah air, seperti memotong kuku, memotong rambut, berwangi-wangian atau memakai pakaian berjahit termasuk menutup kepala dan sebagainya.
“Setiap kali beliau melakukan mana-mana larangan itu yang bersifat itlaf maka akan dikenakan dam.
“Untuk membebaskannya daripada larangan, beliau hendaklah melakukan tahallul ihsar tetapi jika berkemampuan, hendaklah pergi semula ke tanah suci untuk menyempurnakan ibadat umrahnya,” katanya.
Sementara itu, Syeikh Fadzil berkata, tiada larangan kepada golongan t’ransgender’ untuk mengerjakan haji atau umrah dengan syarat mereka perlu berpakaian dan mengikut peraturan bersesuaian dan jantina asal mereka.
“Pihak agensi pelancongan umrah dan mutawif yang bertanggungjawab membawa golongan transgender ini juga perlu memantau mereka supaya situasi sebegini tidak berulang lagi.
“Saya juga mendoakan semoga Muhammad Sajjad kembali kepada fitrah asalnya sebagai lelaki dan keluarga beliau dapat memberi sokongan untuk beliau berubah,” katanya.
Berita berkaitan
• Guna saluran undang-undang bersih nama
• Sajat dah agak akan kena kecam
• Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari
• Nampak Sajat berpakaian wanita semalam
• Menteri beri 'warning' kes Sajat
• 'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'
• Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]
• 'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'
• PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik
• Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN
• Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi
• Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM
• Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?
• Mujahid 'naik angin' dengan Sajat
• Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin