mutakhir

Suspek kelima ditahan

Oleh Mohd Hasbi Sidek

SUSPEK kelima kes penipuan jualan rumah murah oleh syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources ditahan di Setapak hari ini.

Suspek itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Wangsa Maju sejurus ditahan.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Berpandukan maklumat risikan yang diterima, suspek kelima ditahan kira-kira jam 11 pagi hari ini.

"Suspek yang berusia 50 tahun ditahan di restoran di Setapak. Tiada sebarang rampasan dibuat, " katanya.

Beliau berkata, permohonan reman akan dibuat pada Sabtu.

Menurut beliau, empat lagi suspek yang ditahan termasuk Datuk Boy Iman dan seorang wanita masih direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar selama dua hariuntuk siasatan lanjut.

Pada 2 Oktober lalu, Boy Iman dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran, iaitu RM60,000 untuk banglo berkeluasan 153.3 meter persegi.

Berita berkaitan

Ini dah kali keenam direman

Ini dah kali keempat kena reman

Dibebaskan dengan jaminan polis

Siasat gelaran Datuk dipakai Boy Iman

Pegawai Juta Kelulut Global Resources pula direman

Boy Iman kena reman dua hari [METROTV]

'Habuk pun tiada...'

Tolong tangkap empat lagi penipu!

Boy Iman kena tahan

Disiarkan pada: October 14, 2017 @ 1:04am
d