mutakhir

Tempoh reman presiden Skuad Badar disambung [METROTV]

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

TEMPOH reman presiden Skuad Badar disambung dua hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Perintah reman terhadap presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Fared Abd Latif di Mahkamah Sungai Petani, hari ini.

Seorang lagi ahli skuad berkenaan yang turut sama ditahan reman bersama presiden berkenaan turut disambung reman dua hari.

Selain itu, lapan lagi ahli skuad berkenaan turut direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut seksyen yang sama.

Lapan ahli berkenaan berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan polis malam tadi, sekitar Sungai Petani.

Terdahulu semua mereka tiba di perkarangan Mahkamah Sungai Petani pada 9.25 pagi menaiki trak polis dan keluar pada jam 12.45 tengah hari.

Lebih 50 orang dipercayai ahli Skuad Badar, rakan serta ahli keluarga mereka hadir memberi sokongan.

NSTP sebelum ini melaporkan Presiden Skuad Badar ditahan pada jam 10 malam Ahad lalu, selain seorang ahli skuad berkenaan berusia 30-an turut ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada 11.30 malam.

Kedua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini kerana dipercayai melanggar Akta Pertubuhan serta Akta Rahsia Rasmi.

Berita berkaitan

'Ini tempoh kuatkan ukhwah'

Presiden Skuad Badar direman

"JAIK serah pada polis

"Niat Skuad Badar baik, tetapi...'

Disiarkan pada: January 17, 2019 @ 2:58pm
d