mutakhir

Tunggu saja pendakwaan...

Oleh Muhammad Mustakim Ramli

SIASATAN terhadap Presiden Skuad Badar serta ahlinya sudah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebarang keputusan dibuat susulan kes itu nanti akan diumumkan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar.

“Ramai pihak bertanya mengenai perkara ini dan untuk makluman, kita buka dua kes mengikut Akta Pertubuhan serta Akta Rahsia Rasmi.

“Sejak tindakan diambil ke atas mereka, baru-baru ini, mereka tidak lagi terbabit dalam mana-mana operasi seperti sebelumnya,” katanya, hari ini.

NSTP sebelum ini melaporkan Presiden Skuad Badar, Azhar ditahan reman selama empat hari kerana dipercayai melanggar Akta Pertubuhan serta Akta Rahsia Rasmi.

Presiden berusia 46 tahun itu ditahan pada 10 malam, 13 Januari lalu, manakala seorang ahli skuad terbabit berusia lingkungan 30-an ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

Kumpulan itu dikesan aktif menjalankan operasi cegah maksiat di sekitar Sungai Petani, malah menangkap pasangan berkhalwat dan membawa mereka ke tanah perkuburan Islam untuk ditarbiah.

Berita berkaitan

'Presiden skuad badar, ahli dibebaskan'

'Tempoh reman presiden Skuad Badar disambung [METROTV]'

'Ini tempoh kuatkan ukhwah'

Presiden Skuad Badar direman

"JAIK serah pada polis

"Niat Skuad Badar baik, tetapi...'

Disiarkan pada: January 31, 2019 @ 4:40pm
d