mutakhir

[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

Oleh Zuliaty Zulkiffli

UJIAN saringan air kencing terhadap lelaki yang disyaki membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, didapati negatif dari pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan suami isteri yang disyaki suspek dalam kes itu akan direman 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Langkawi untuk membantu siasatan.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki bebas daripada pengaruh dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Mayat mangsa ditemui hanya tengkorak dan rambut di kawasan gunung berkenaan hasil soal siasat terhadap pasangan terbabit yang ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, semalam.

Berita berkaitan

Mayat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

[UPDATE] Kerap dengar tangisan budak

[UPDATE] Panik punca buang mayat

[UPDATE] Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

[UPDATE] Mayat Nur Aisyah dah ditemui

Dari Langkawi lari ke Ampang...

'Kanak-kanak perempuan 3 tahun hilang'

Disiarkan pada: March 6, 2019 @ 5:28pm
d