mutakhir

Pembuangan sisa bahan kimia Sungai Kim Kim: 79 dirawat

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

SERAMAI 79 individu sudah mendapatkan rawatan susulan insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sehingga jam 9.30 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, 32 daripadanya dirawat sebagai pesakit luar dan 47 dirawat di wad Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak kejadian dilaporkan, kelmarin.

Beliau berkata, seramai 16 daripada 47 orang yang dirawat di HSI sudah dibenarkan pulang, manakala baki 31 masih berada di wad.

“Mereka yang masih di wad hospital adalah dua kanak-kanak, lapan murid, tujuh pelajar dan 14 dewasa.

“Bagi 14 orang dewasa itu turut merangkumi tiga petugas perubatan dan kesihatan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega Perangai Aedes 1.0, Peringkat Negeri Johor 2019 di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Selahudeen Abd Aziz.

Dr Sahruddin berkata, terdapat enam pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI dengan tiga daripadanya masih ditidurkan, namun kesemua enam mangsa dilaporkan stabil.

Beliau mengingatkan orang ramai yang berada berhampiran Sungai Kim Kim terutama pada jarak 1.3 kilometer (km) dari tempat pembuangan sisa bahan kimia ke hilir sungai, supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan perubahan kesihatan masing-masing.

“Kami melihat individu yang mendapatkan rawatan di hospital meningkat terutama pada waktu malam.

“Tetapi, dari tengah malam tadi sehingga pagi ini, tiada lagi kes baharu yang dilaporkan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti pening kepala, muntah, sakit tekak dan pedih mata.

Berita berkaitan

Sisa minyak cuci kapal

Pekerja kolam pula pengsan

Gas metana: Enam mangsa di ICU

Tekak loya, muntah akibat keracunan gas

Mangsa hidu gas metana stabil

Permaisuri lawat mangsa terhidu gas

Pencemaran gas: Sekolah tutup tiga hari

[UPDATE] 26 masih dirawat, 3 daripadanya di ICU

'Oil boom' halang gas metana merebak

[UPDATE] 8 kritikal terhidu gas metana

Gas kimia: 1,400 pelajar diminta kosongkan sekolah

Disiarkan pada: March 9, 2019 @ 10:55am
d