mutakhir

Pemandu bas tiada rekod kesalahan lalu lintas

Oleh Amir Abd Hamid dan Norizuan Shamsuddin

“SUDAH lebih 10 tahun adik ipar saya bekerja sebagai pemandu bas dan dia tidak pernah terbabit dengan kemalangan sebelum ini.

“Kemalangan ini adalah pertama kali berlaku sehingga meragut nyawanya,” kata S Sathiaseelan, 43, abang ipar kepada pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan berhampiran MAS Kargo, Sepang, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, S Suresh, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas bas dipandu yang membawa 43 penumpang dipercayai hilang kawalan sebelum menjunam ke dalam longkang di lokasi terbabit.

Kejadian turut menyebabkan 11 penumpang disahkan meninggal dunia, manakala tujuh individu dilaporkan kritikal dan dirawat di Hospital Serdang, Hospital Banting serta Hospital Putrajaya.

Sathiaseelan berkata, pihaknya mengetahui kejadian menimpa Suresh selepas dihubungi pihak pengurusan syarikat bas terbabit.

“Sebelum kejadian Suresh datang ke rumah saya di Taman Desa Cempaka, Nilai, jam 8.30 malam untuk mengambil tiga anaknya yang belajar tuisyen di rumah saya.

“Ketika sewaktu itu kami sempat berborak seperti biasa. Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan dan memaklumkan mahu membawa anaknya pulang ke rumah kerana perlu masuk kerja pada jam 10.30 malam.

“Bagaimanapun, selang beberapa jam kami menerima panggilan memaklumkan Suresh terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang, hari ini.

Sathiaseelan berkata, pihak masih menunggu proses bedah siasat dilakukan terhadap Suresh sebelum proses tuntutan mayat dibenarkan.

“Selepas urusan terbabit selesai mayat akan di bawa ke Nilai untuk di proses pembakaran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika ditemui mengesahkan hasil semakan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan lalu lintas.

Portal Harian Metro melaporkan sebuah bas pekerja dinaiki 44 individu termasuk warga asing menjunam di dalam longkang berhampiran MAS Kargo, jam 11.10 malam.

Berita berkaitan:

  • Kenapa bas ikut laluan berbeza?
  • Bas terbabit nahas sudah dialihkan
  • [UPDATE] Mangsa kakitangan Mutiara Kayamas
  • [UPDATE] Seorang lagi penumpang maut [METROTV]
  • 10 maut nahas bas pekerja
  • Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 2:57pm
    d