mutakhir

Identiti rakyat Malaysia maut di Turki dikenal pasti [METROTV]

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

KAKITANGAN Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang meninggal dunia dalam kemalangan bas di Turki, dikenal pasti sebagai Azalan Miswan.

PKNS dalam satu kenyataan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 11.45 pagi waktu Turki.

Kenyataan itu bagaimanapun berkata, pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi dari pihak Kedutaan Malaysia di Turki berhubung kemalangan itu.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera setelah bas mereka naiki ketika mengikuti satu rombongan terbabit dengan kemalangan di Afyonkarahisar, Turki.

Wisma Putra ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan kemalangan bas yang dinaiki oleh 35 rakyat Malaysia itu berlaku ketika rombongan berkenaan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

Berita berkaitan

[UPDATE] 'Saya doakan mereka selamat'

[UPDATE] PKNS tunggu maklumat kemalangan di Turki

1 maut, 10 cedera nahas bas di Turki

Disiarkan pada: October 17, 2019 @ 10:11am
d