mutakhir

Kes Yusoff Rawther: Polis panggil Anwar, saksi

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

POLIS akan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan susulan dakwaan bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther bahawa dirinya dicabul.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, beberapa saksi lain akan turut dipanggil bagi melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, mereka akan hadir pada sesi dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut tarikh temu janji yang sesuai.

“Kertas siasatan kes serta cadangan tindakan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara berdasarkan dapatan hasil siasatan itu nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Huzir mengingatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi membabitkan kes itu yang boleh mengganggu siasatan.

Katanya, keengganan mereka boleh menyebabkan tindakan diambil mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan di Balai Polis Sentul mendakwa dirinya dicabul Anwar dan sehingga kini, polis sudah merekod keterangannya sebanyak dua kali berakhir, semalam.

Akuan bersumpah yang ditulisnya turut diambil.

Berita berkaitan

Yusoff sambung beri keterangan tiga jam

7 jam beri keterangan [METROTV]

'6 jam sudah berlalu...'

'Hantar notis tuntutan sekali lagi'

'Ini muslihat untuk jatuhkan imej saya'

Polis akan panggil Muhammad Yusoff Rawther

Anwar lapor polis

Disiarkan pada: December 11, 2019 @ 8:35am
d