mutakhir

Sudah tujuh hari padam api

Oleh Nor Farhani Che Ad

PASUKAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menjalankan operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Semeling, Sungai Petani, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, operasi itu memasuki hari ketujuh sejak mulanya kebakaran pada 20 Januari lalu.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat bantuan helikopter Unit Udara JBPM di Bertam, Pulau Pinang untuk pengeboman air bagi memadam kebakaran.

“Kebakaran masih berlaku membabitkan kawasan berkeluasan 0.36 hektar dan usaha giat dilakukan dengan kekuatan 25 anggota setakat ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, bantuan juga daripada JBPM Perak yang menghantar jentera ‘Hidrosub’ dan sebuah lori tangki air selain JBPM Pulau Pinang untuk lori tangki air.

Kira-kira 1.2 hektar daripada lebih empat hektar tapak pelupusan sampah di Semeling terbakar, disyaki akibat perbuatan khianat.

Seorang lelaki 35 tahun turut ditahan di lokasi itu kelmarin selepas dilihat membakar sampah di situ.

Berita berkaitan:

  • Nak cari tembaga punya pasal
  • Bara api bawah timbunan sampah
  • Asap tebal ganggu rutin penduduk
  • Jangan cepat panik - Kok Yew
  • Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 1:44pm
    d