mutakhir

UMNO bincang politik semasa negara

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut mengadakan mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn, petang ini dipercayai berkaitan situasi semasa politik negara.

Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba sebelum 4 petang, selepas difahamkan dipanggil Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehingga kini tidak diketahui agenda mesyuarat khas itu namun, dipercayai berkaitan perkembangan semasa politik negara.

Turut kelihatan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ahli MKT Tan Sri Noh Omar dan pemimpin UMNO lain.

Terdahulu, beberapa parti politik mengadakan pertemuan ‘rahsia’ di beberapa lokasi di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan pensejajaran semula kuasa negara.

Di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan bersama pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia seawal 9 pagi.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti yang menyokongnya di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan memberi kuasa kepada Dr Mahathir untuk menentukan tempoh sesuai peralihan kuasa Perdana Menteri.

Berita berkaitan

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 5:25pm
d