mutakhir

Mufti doakan negara kekal aman

Oleh Yusmizal Dolah Aling

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memuat naik doa kepada pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia di Instagram, hari ini.

Dalam status itu, beliau berharap agar negara ini sentiasa aman selain pemimpin diberikan taufik dan hidayah.

“Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga pemimpin diberi taufik, hidayah dan sabar.

“Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara, kukuhlah perpaduan kami,” katanya.

Setakat 5 petang hari ini, hantaran berkenaan mendapat lebih 4,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Berita berkaitan

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 5:44pm
d