mutakhir

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Oleh Wartawan Harian Metro

AHLI Parlimen PAS ‘dikuarantin’ daripada berjumpa orang luar termasuk media, dipercayai ada kaitan dengan pensejajaran semula kerajaan dalam waktu terdekat.

Sumber berkata, perkara itu diputuskan pimpinan parti hari ini selepas pemukiman Muafakat Nasional bersama UMNO yang selesai petang ini.

Katanya, mereka hanya dibenarkan berjumpa dengan media selepas keadaan ‘okay’.

“Kami diarahkan tidak berjumpa sesiapa. Lepas okay kita jumpa,” katanya.

Keadaan itu menguatkan lagi desas desus pensejajaran semula kerajaan susulan pertemuan berasingan empat parti politik tanah air hari ini.

Berita berkaitan

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 6:01pm
d