mutakhir

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar [METROTV]

BEBERAPA pemimpin kanan PKR dilihat meninggalkan kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, jam 6 petang tadi.

Antara yang kelihatan adalah Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Turut kelihatan adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang juga ahli parlimen Gopeng.

Beberapa pemimpin yang disapa wartawan untuk bertanyakan mengenai agenda politik hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ketika ini kelihatan pelajar tahfiz daripada pelbagai pusat agama masuk ke rumah Anwar sejak 5.45 petang tadi.

Anwar difahamkan akan mengadakan bacaan Yasin dan solat hajat di rumahnya selepas solat Maghrib nanti.

Berita berkaitan

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 6:28pm
d