mutakhir

Pemimpin negara kenalah sokong...

Oleh Redzuan Muharam

“PEMIMPIN negara kenalah support (sokong),” demikian jawapan ringkas Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi memberi reaksi itu ketika ditanya pemberita mengenai sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mengulas lanjut berhubung agenda mesyuarat dan pertemuan bersama Ketua Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sebaliknya, beliau terus berjalan sambil mengucapkan terima kasih kepada wakil media sebelum menaiki kenderaan rasminya

“Thank you very much, I’m happy to see you guys (Terima kasih, saya gembira bertemu dengan anda semua,” katanya sebelum beredar menaiki kenderaan meninggalkan perkarangan The Ritz-Carlton, di sini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke hotel sama kira-kira 5.35 petang.

Bagaimanapun, Presiden Warisan itu hanya memberi jawapan ringkas tanpa mengulas lanjut sebelum memasuki lif untuk naik ke tingkat atas.

Kedatangan mengejut itu sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai agenda yang akan dibincangkan keranaadanya perjumpaan Abang Johari bersama Ahli GPS sebelum itu.

Namun, tiada butiran terperinci diperoleh kerana wakil media dibenarkan masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Selain Abang Johari, turut kelihatan hadir adalah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen, Datuk Seri Fadillah Yusof,Ahli Parlimen Serian,Datuk Richard Riot dan Ahli Parlimen Bintulu ,Datuk Seri Tiong King Sing.

Berita berkaitan

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 6:49pm
d