mutakhir

Tidak biadap terhadap Tun - Khalid Samad

Oleh Rafidah Mat Ruzki

PENGARAH Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad, menafikan beliau bersikap biadap terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian apabila didakwa menawarkan jawatan menteri jika Dr Mahathir melepaskan jawatannya ketika Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam Jumaat lalu.

Menurutnya, dua cadangan dikemukakan iaitu tarikh peralihan kuasa dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan jawatan menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.

“Saya berpandangan tarikh peralihan kuasa perlu ditetapkan untuk mengelakkan golongan yang mahu berbuat khianat dan memecah belahkan PH mengambil kesempatan.

“Kalau tiada tarikh yang dipersetujui dikhuatiri orang boleh ambil kesempatan. Saya punya hujah, perlu tetapkan tarikh supaya kita boleh gagalkan usaha untuk melaga-lagakan antara kita,” katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Khalid berkata, dalam mesyuarat itu juga beliau menyatakan kepada Anwar bahawa beliau perlu berada dalam Kabinet ketika ini.

Katanya, ia berikutan ketika ini, Anwar dilihat seperti terasing dan tidak sebahagian daripada pasukan PH, seolah-olah ia tidak bersatu.

“Dari segi politik ia sedikit sebanyak making himself irrelevant (menjadikan dirinya tidak relevan). Dia patut berada dalam Kabinet.

“Dan ini juga akan menangani tanggapan bahawa bila berlakunya peralihan, satu rombakan akan berlaku kerana tiba-tiba Anwar yang bukan dalam Kabinet dia pula ambil alih sebagai Perdana Menteri.

“Semua akan dirombak mengikut kehendak Anwar pula. Tapi kalau Anwar masuk jadi anggota kabinet Dr Mahathir sekarang ini maka orang akan yakin bahawa peralihan kuasa itu akan berjalan dengan lancar,” katanya

Khalid berkata, ketika ini pelabur takut untuk melabur kerana bimbang mereka akan kerugian jika semua benda bertukar selepas peralihan kuasa.

“Hujah pertama mengenai tarikh peralihan ditolak dan semua pihak bersetuju supaya ia diserahkan kepada Dr Mahathir. Cadangan untuk Anwar menjadi anggota kabinet diserahkan kepadanya sendiri.

“Saya rasa itu bergantung kepada Dr Mahathir juga jika beliau setuju dengan cadangan saya dan menawarkan jawatan kepada Anwar,” katanya.

Ditanya sama ada ia pandangan peribadinya, Khalid berkata memang sejak awal lagi Amanah berpendirian bahawa Anwar perlu berada dalam kabinet selepas dibebaskan.

Katanya, beliau dimaklumkan Anwar sendiri yang tidak mahu menyebabkan beliau menegurnya.

Berita berkaitan

Zahid sudah ada di Istana Negara

Pimpinan PKR tinggalkan rumah Anwar

Pemimpin UMNO 'tutup mulut'

'Peristiwa besar dalam beberapa jam lagi'

20 kenderaan VIP ke Istana Negara

Ahli Parlimen PAS 'dikuarantin'

Azmin umum keluar PKR?

UMNO bincang politik semasa negara

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Disiarkan pada: February 23, 2020 @ 7:36pm
d