utama

KKM kata, maaf diterima

Oleh Farah Suhaidah Othman

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menerima permohonan maaf daripada portal berita Singapura, The Independent.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya sebelum ini mengumumkan akan menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Singapura berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, portal berkenaan sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

“Hari ini, saya lihat portal itu sudah meminta maaf di atas laporan yang dikeluarkan. Saya rasa itu dah okay,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvesyen MIC Perak ke-71, di Ipoh.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merasmikan konvesyen berkenaan.

Berita berkaitan

The Independent mohon maaf

Masalah komunikasi

'Kita tak puas hati'

Dakwaan tak berasas

'Kita akan siasat' - Datuk Ayub Rahmat

Disiarkan pada: September 3, 2017 @ 7:23pm
d