utama

Pakai jubah putih bersama

Oleh Suraya Roslan dan Asrizal Aris

"KALI terakhir berjumpa, mereka memakai serba putih. Sebelum ini mereka tidak pernah memakai jubah putih berjumpa dengan kami," kata Nor Azlin Abdul Aziz, 36, ibu kepada Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, yang terkorban dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.

Turut terkorban, sepupu rapat Muhammad Afiq yang juga dua beradik, Azkar Abiedi F Zaskar Yusoh, 11, dan Azkar Dariemi, 8.

Nor Azlin berkata, ketiga-tiga mereka sangat rapat.

Katanya, dia tidak sangka perbuatan mereka bertiga yang memakai serba putih pada pertemuan Selasa lalu, adalah tatapan terakhir buatnya.

"Pada mulanya saya pelik mereka bertiga memakai jubah serba putih sedangkan sebelum ini hanya memakai baju biasa apabila bertemu kami.

"Namun saya tidak memikir sebarang perkara buruk," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Suri rumah itu turut meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar dan berita palsu mengenai tragedi kebakaran berkenaan.

"Tolong jangan sebarkan gambar dan berita bukan-bukan yang meruntun hati kami, cukuplah.

"Saya ada baca macam-macam dakwaan, tidak sepatutnya mereka berkata sedemikian, tiada siapa mahu tragedi ini terjadi," kata Nor Azlin.

Menurutnya, anak lelakinya memasuki sekolah tahfiz dengan kerelaan hati iaitu sebelum ini di Jalan Kebun, Klang dan satu lagi di sekolah tahfiz berkenaan baru tiga bulan lalu.

"Saya lepaskan anak dengan rela hati, dan reda dengan apa yang berlaku.

"Anak saya yang menceriakan keluarga sebelum ini namun dia sudah pergi," katanya.

Sementara itu, kakak kepada Nor Azlin, Emmy Fariza Abd Aziz, 37, berkata, Rabu lalu kira-kira jam 8 pagi ketika dia melawat dua anaknya, mereka meminta dibelikan al-Quran dan Iqra.

"Sepatutnya kami menyerahkan al-Quran dan Iqra semalam, namun tidak sempat kerana mereka pergi dulu meninggalkan kami.

"Walaupun sukar menerima takdir ini, saya kena merelakan perpisahan ini kerana dua anak memang anak terbaik buat saya dan bekas suami," katanya.

Jenazah dua beradik dan sepupu mereka itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.15 malam, hari ini.

Berita berkaitan

Siapa lelaki itu?

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Semoga roh mereka dicucuri rahmat

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Disiarkan pada: September 15, 2017 @ 9:32pm
d