utama

Empat suspek serang aktivis ditahan

Oleh Skuad Khas Harian Metro

EMPAT suspek yang mendalangi ‘serangan’ ke atas rumah aktivis alam sekitar sudah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di Damansara, hari ini.

Penahanan semua suspek berjaya dilakukan Bahagian Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam Op Simbah yang dilancarkan, susulan serangan dan ugutan terhadap aktivis alam sekitar itu.

Skuad Khas Harian Metro dimaklumkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejayaan berkenaan.

Bukit Aman melalui D7C melancarkan Op Simbah selepas rumah aktivis alam sekitar di Sungai Jarom, Kuala Langat disimbah cat pada 26 Jun lalu.

Serangan berkenaan dipercayai dilakukan kumpulan terbabit selepas pendedahan eksklusif Harian Metro berhubung pengimportan skrap plastik walaupun premis mereka sudah disita.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengisytiharkan perang terhadap kumpulan terbabit.

Muhyiddin menegaskan, pihaknya tidak akan memberi ruang kepada kegiatan gengsterisme sehingga menimbulkan ketakutan kepada aktivis ataupun masyarakat.

Berita berkaitan

Polis jejak penyerang'

Mesti ada tindakan - Muhyiddin

'Tiada ruang langsung'

Bukit Aman bagi amaran [METROTV]

Gengster dah kacau

Disiarkan pada: July 1, 2019 @ 12:06pm
d