bisnes

TH pindah aset RM19.9 bilion kepada SPV

Oleh Mahanum Abdul Aziz

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan memindahkan aset yang tidak menguntungkan kira-kira RM19.9 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) menjelang 31 Disember ini.

Langkah memindahkan aset tidak menguntungkan itu adalah bagi memantapkan kedudukan kewangannya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti.

Beliau berkata, SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, aset tidak menguntungkan akan dikenal pasti menerusi dua kriteria.

“Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus.

“Sebagai pertukaran kepada aset, SPV akan terbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus TH, Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH, Mustakim Mohamad.

Zukri berkata, TH menyasarkan pemindahan aset tidak menguntungkan itu akan selesai akhir tahun ini.

Beliau berkata, sebaik saja pemindahan itu selesai, aset dan liabiliti TH akan seimbang.

Berita berkaitan

'Apa dibuat oleh TH dulu tak salah...' - Azeez

Isu TH: Pendedahan bukan untuk timbulkan panik - Mahfuz

Kos haji kekal RM9,980

TH defisit RM4.1 bilion

Isu TH: Mujahid dedah Isnin ini

Simpanan Tabung Haji dijamin selamat

Demi Allah, tak guna wang penyimpan - Abdul Azeez [METROTV]

Polis sahkan terima laporan TH

Laporan polis terhadap Azeez, Ismee, Johan

Disiarkan pada: December 11, 2018 @ 4:25pm
d