mutakhir

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

KERJA-KERJA mengangkat kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 di perairan berhampiran Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang terpaksa dihentikan kerana cuaca gelap, jam 7.30 malam tadi.

Operasi berkenaan akan disambung jam 7 pagi esok, dan kerja penandaan sudah dilakukan serta hanya akan menunggu kren untuk mengangkat SUV terbabit.

Terdahulu, keadaan di atas jambatan agak sesak berikutan dua lorong terpaksa ditutup untuk pengguna jalan raya.

Lokasi di atas jambatan juga dipenuhi orang ramai terutama penunggang motosikal yang mahu melihat situasi sebenar kerja-kerja mengangkat kenderaan terbabit dilakukan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kenderaan itu yang terjatuh selepas terbabit dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang ditemui jam 4 petang ini.

Menurutnya, ia ditemui pada kedaalaman 15 meter berhampiran tiang 34 jambatan itu.

Katanya, usaha untuk menaikkan SUV terbabit akan dilakukan menggunakan kren.

Difahamkan, mayat mangsa turut ditemui di tempat duduk pemandu dengan masih memakai tali pinggang keledar.

Berita berkaitan

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Disiarkan pada: January 21, 2019 @ 8:18pm
d