mutakhir

Jangan gelap mata dengan gaji lumayan [METROTV]

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

“SELIDIK dulu kerja yang diterima dan jangan mudah gelap mata dengan gaji lumayan yang ditawarkan," kata bekas tahanan penjara di Kemboja, Muhamad Daud Sharuddin, 23.

Muhammad Daud yang ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berkata, dia akui sangat perit ketika ditahan dalam penjara.

Katanya, dia menerima tawaran kerja itu melalui aplikasi WeChat sebagai pelayan hotel dengan gaji lumayan bernilai AS$1,200 (RM4,901) sebulan.

“Sebelum ke sana, saya diminta untuk membayar sejumlah wang iaitu sebanyak AS$300 dan pada Oktober tahun lalu kami tiba di Kemboja. Sebaik tiba kami di bawa ke sebuah rumah tetapi tidak diberitahu lokasi sebenar.

“Pada hari pertama tiba di sana, mereka meminta kami menyerahkan pasport dan telefon bimbit selain tidak boleh keluar dari rumah yang kami duduk. Ketika itu, kami sudah rasa curiga, tetapi masih cuba bersangka baik.

“Tetapi lama kelamaan, apabila sudah terlalu lama kerana hampir dua seminggu tidak mula bekerja, ada sudah mula memberontak dan cuba melarikan diri kerana rasa tertipu tetapi gagal," katanya.

Dia berkata, dia bersama rakan terkurung hampir dua bulan di rumah berkenaan sebelum pihak berkuasa Kemboja datang membuat serbuan.

Selain Muhammad Daud, tiga lagi yang tiba hari ini adalah Yeam Yoke Foong, 26; Yap yu Xiang, 25 dan Ng Shing Long, 27.

Mereka adalah empat daripada 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan daripada Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja Jumaat lalu.

Ketibaan mereka dengan penerbangan AK543 di klia2 hari ini disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Berita berkaitan:

'47 rakyat Malaysia pulang esok

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Disiarkan pada: February 17, 2019 @ 1:27pm
d