mutakhir

Tangkapan pertama kes tipu pekerjaan di Kemboja

Oleh Garret Dawum

SEORANG lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan polis berhubung kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, penahanan suspek dibuat pada 3 petang di Kuching, hari ini.

“Suspek ditahan selepas soal siasat dilakukan terhadapnya. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching, 9 pagi esok untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Setakat ini, 23 orang sudah tampil membuat laporan polis berkenaan kes itu,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 warga Malaysia, termasuk 40 berasal dari Sarawak, dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan pihak berkuasa Kemboja dalam serbuan di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Difahamkan, serbuan itu atas maklumat risikan mengenai aktiviti perjudian dalam talian di kedua-dua premis berkenaan sebelum semua individu ditempatkan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, hasil rundingan kerajaan dua negara membolehkan semua tahanan Malaysia dibebaskan dan mereka tiba di tanah air, Ahad lalu.

Berita berkaitan:

Sindiket sudah dikenal pasti

[UPDATE] Siasat hingga ke lubang cacing

Jadi pelatih ‘Macau Scam’ rupanya

Jangan gelap mata dengan gaji lumayan [METROTV]

'47 rakyat Malaysia pulang esok

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Disiarkan pada: February 23, 2019 @ 9:48pm
d