mutakhir

Suspek kes tipu kerja Kemboja direman [METROTV]

Oleh Garret Dawum

SUSPEK kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, perintah reman dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Kuching, Dora Undau.

“Perintah reman terhadap suspek diperolehi untuk tempoh empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari ini untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching, hari ini.

Terdahulu, Mustafa memaklumkan tangkapan lelaki tempatan berusia 35 tahun berhubung kes itu, 3 petang semalam.

“Setakat ini, 23 orang sudah tampil membuat laporan polis berkenaan kes terbabit,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, 47 warga Malaysia, termasuk 40 berasal dari Sarawak, dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur ditahan dalam serbuan pihak berkuasa Kemboja di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh.

Difahamkan, serbuan itu atas maklumat risikan mengenai aktiviti perjudian dalam talian di kedua-dua premis berkenaan sebelum kesemua individu terbabit ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, hasil rundingan dijalankan dengan kerajaan Kemboja oleh wakil Wisma Putra, kumpulan terbabit dibebaskan sebelum dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat sewa khas oleh Kerajaan Sarawak yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Ahad lalu.

Berita berkaitan:

Tangkapan pertama kes tipu pekerjaan di Kemboja

Sindiket sudah dikenal pasti

[UPDATE] Siasat hingga ke lubang cacing

Jadi pelatih ‘Macau Scam’ rupanya

Jangan gelap mata dengan gaji lumayan [METROTV]

'47 rakyat Malaysia pulang esok

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Disiarkan pada: February 24, 2019 @ 11:21am
d