mutakhir

2 lagi dicekup kes tipu Kemboja

Oleh Garret Dawum

DUA lagi suspek kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Kuching, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kedua-dua suspek ditahan 5 petang, bertindak atas maklumat risikan.

“Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 35 tahun ditahan di dua rumah berasingan iaitu di Traffic Garden dan Taman Chung Hua, Kuching. “Polis turut merampas telefon bimbit, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan Mastercard Bigpay,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan jika siasatan terhadap mereka tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuching 2 petang ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang juga suspek pertama direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan di Kemboja membabitkan 47 warga Malaysia, termasuk 40 berasal dari Sarawak, dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, selain seorang dari Kuala Lumpur.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di dua rumah berasingan di Poipet dalam Wilayah Banteay Mancheay, kira-kira 446 kilometer ke utara Phnom Penh 11 Disember lalu.

Berita berkaitan:

Suspek kes tipu kerja Kemboja direman [METROTV]

Tangkapan pertama kes tipu pekerjaan di Kemboja

Sindiket sudah dikenal pasti

[UPDATE] Siasat hingga ke lubang cacing

Jadi pelatih ‘Macau Scam’ rupanya

Jangan gelap mata dengan gaji lumayan [METROTV]

'47 rakyat Malaysia pulang esok

'Derita 65 hari berakhir'

[UPDATE] 47 warga Malaysia di Kemboja bebas

[UPDATE] 'Rayu minta dibebaskan segera' [METROTV]

'Rindu 63 hari bakal terubat' [METROTV]

Kunjungan bawa harapan tinggi

Keluarga 47 tahanan di Kemboja semakin resah

Seorang masuk hospital

Serah kepada Kemboja jalankan siasatan

Nota diplomatik sudah diserahkan

'Tolong kamek mummy'

Mana kerja dijanjikan?

Disiarkan pada: February 25, 2019 @ 10:34am
d