mutakhir

7,000 penduduk di empat mukim di Kedah terjejas

Oleh Suraya Roslan

TINDAKAN tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang ingkar arahan kuarantin di rumah menyebabkan 7,000 penduduk di empat mukim di Kedah 'merana' apabila dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) mulai hari ini hingga 30 Ogos.

Penduduk juga diwajibkan melakukan ujian calitan Covid-19 selepas penularan jangkitan Kluster Sivagangga.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian di Kuala Lumpur, hari ini.

"Masjid dan rumah ibadat di empat mukim di Kedah yang dikenakan Temco ditutup bagi aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.

"Malah, solat jemaah di kawasan PKPD secara pentadbiran hanya dibenarkan membabitkan tiga jemaah saja di masjid berkenaan," katanya.

Berita berkaitan:

  • https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/606527/kluster-sivagangga-enam-sjr-di-kubang-pasu">Kluster Sivagangga: Enam SJR di Kubang Pasu

  • Kluster Sivagangga: 4 mukim dikenakan PKPD hingga 30 Ogos
  • Napoh sepi, penduduk bimbang [METROTV]
  • Rela PKPD asalkan Kedah bebas Covid-19
  • 2 keluarga pelanggan restoran Kluster Sivagangga
  • Kluster Sivagangga: Satu keluarga dijangkiti Covid-19?
  • Kes Covid-19 nasi kandar Napoh, 73 tadika, taska diarah tutup
  • Siapa yang singgah di kedai nasi kandar pekan Napoh, sila buat saringan Covid-19 [METROTV]
  • Lelaki 'gelang pink' dikompaun RM1,000
  • 2 kluster baharu
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Disiarkan pada: August 3, 2020 @ 3:59pm
    d