mutakhir

Suspek bunuh pensyarah tiba di mahkamah

Oleh Rafidah Mat Ruzki

SUSPEK kes pembunuhan seorang pensyarah wanita di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tiba di kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang di sini, 9 pagi tadi.

Lelaki berusia 41 tahun itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret pada 10 minit kemudian.

Media sebelum ini melaporkan, suspek tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan pengesahan perceraian menyebabkannya tergamak membunuh wanita terbabit dengan menjerut lehernya menggunakan tudung.

Mayat mangsa ditemui berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil, di Sepang, 30 Julai lalu.

Suspek pada mulanya berpura-pura mencari isterinya itu bersama anak perempuan berusia 14 tahun selepas membunuhnya sebelum menghubungi MERS 999 mendakwa menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 1.04 pagi.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan di Taman Mas, Putra Perdana, di Sepang.

b>Berita berkaitan

Bunuh pensyarah, bekas suami didakwa esok

Teman wanita suspek kes bunuh pensyarah akan diambil keterangan

Telefon bimbit pensyarah belum ditemui

Anak mangsa bunuh stabil

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Selam cari telefon bimbit pensyarah dibunuh

Kes bunuh pensyarah: Suami dipercayai curang

Cari isteri hanya lakonan suami

Anak mangsa luah rindu

Bunuh isteri guna tudung

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 10:30am
d