mutakhir

Pablo Escobar Langkawi: Polis lawat semula lokasi kejadian

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Cheras: Polis akan melawat semula lokasi kejadian kebakaran kematian tiga beranak dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di Langkawi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lawatan semula ke lokasi kejadian itu bagi mencari keterangan baru.

"Siasatan berhubung kes berkenaan sudah selesai, pasukan polis akan melakukan lawatan semula ke lokasi kejadian dan akan membuat inkuari.

"Jika betul ada keterangan baru yang munasabah, kita akan teliti semula, justeru kes dalam penelitian baru," katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Acryl merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule.

Kebakaran yang berlaku 1 April 2019 itu mengorbankan pasangan suami isteri, Mohd Nahar Suhami, 39, dan Nor Suhaila Ahmad, 41, serta anak lelaki mereka, Mohd Naufal Mohd Nahar, 6.

Pada 4 September lalu, Harian Metro melaporkan kematian Pablo Escobar Langkawi dalam kes kebakaran itu adalah satu misteri yang dipercayai kemungkinan terdapat unsur jenayah.

Laporan itu mendedahkan, berdasarkan siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkenaan menemui sisa petrol dalam rumah berkenaan dan ia sekali gus menolak kemungkinan kebakaran disebabkan litar pintas.

Seorang pegawai bomba yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, pegawai penyiasat sudah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut termasuk salinan kepada Ibu Pejabat JBPM di Alor Setar dan Putrajaya.

"Siasatan semua sudah lengkap, serah kepada mereka untuk ambil tindakan lanjut kerana kita dapati terdapat unsur khianat, jenayah dalam kebakaran itu.

"Pasukan siasatan JBPM menemui petrol yang dibakar dan siasatan amat pasti ia bukan kerana litar pintas.

"Kita dah serah laporan kepada pasukan forensik mereka sepatutnya siasat. Kita (bomba) buat punca siasatan dan macam saya cakap tadi memang ada unsur jenayah, bomba kesan multiple fire origin termasuk penggunaan petrol di beberapa bahagian rumah itu," katanya.

Katanya, namun dua lagi mangsa iaitu anak dan isteri lelaki itu maut akibat lemas kerana asap.

Berita berkaitan:

  • Mat Salam tumpas, Mapler ghaib
  • Perlu operasi bersepadu banteras dadah, judi

    Bersihkan Langkawi daripada unsur negatif - PPMM

    Siasatan kes dadah di Langkawi dibuat secara menyeluruh

    Lindungi sindiket dadah: Dua polis ditahan

    Langkah drastik atasi kartel di Langkawi

    Bebaskan bumi Langkawi dari dadah

    'Jangan tuding jari pada satu pihak' - Ketua Pengarah AADK

    PDRM jamin siasat kes dengan telus - Ketua Pengarah AADK

    Rakyat sedang perhatikan kita!

    Disiarkan pada: October 7, 2020 @ 1:23pm
    d