rap

Sajat kongsi video menangis cium Kaabah

Oleh Najiy Jefri

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat seolah-olah tidak mengendahkan kecaman masyarakat apabila dia terus berkongsi foto dan memuat naik video dia mengenakan jubah wanita dan bertudung di Instagram ketika mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Malam tadi, Sajat memuat naik video dia menangis dan mencium Kaabah di Insta Story. Dia juga memuat naik beberapa gambar dia mengenakan jubah wanita berwarna hitam selain turut berpurdah di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Bukit Uhud di Madinah.

Ahli perniagaan popular itu turut menulis kapsyen antaranya, ‘Ampunkan aku Ya Allah, aku seorang pendosa’, ‘Ya Allah, maafkan aku, aku bersujud pada-Mu Ya Allah’ dan ‘Alhamdulillah, yang baik datangnya dari Allah, yang jahat datangnya dari kita’.

Dalam pada itu, Sajat turut menutup ruang komen di Instagram dipercayai kerana tidak mahu terus menerima kecaman netizen.

Difahamkan, Sajat bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi semalam, awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Mereka dikatakan membeli tiket penerbangan sendiri tanpa melalui agensi umrah Albayt Travel (M) Sdn Bhd, dan tiba di tanah air kira-kira jam 5 pagi.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Sajat bagi mendapatkan reaksinya berhubung isu terbabit tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Berita berkaitan

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Disiarkan pada: February 7, 2020 @ 12:34pm
d