utama

Pentas Selebriti 2018

Oleh Hiburan HM

KISAH panas lagi sensasi tidak putus-putus disiarkan di dalam akhbar dan portal sepanjang 2018.

Filem paling laris

Industri perfileman tanah air menyaksikan lebih banyak filem mencapai kutipan melebihi RM20 juta iaitu Munafik 2 (RM48 juta), Hantu Kak Limah (RM36 juta), Paskal (RM30 juta) dan Polis Evo 2 (RM20 juta).

  • Munafik 2 atasi HKL
  • Munafik 2 buat Syamsul demam
  • Munafik atasi penonton filem baru
  • Hantu Kak Limah meletup!
  • Panglima TLDM puas hati tayangan filem Paskal
  • Ammar teruja 'masuk' PASKAL
  • Izreen Azminda dikecam kerana berkahwin dengan Ude

    Gara-gara suami kepada pelakon, Izreen Azminda iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude bercerai dengan isteri pertama, Intan Liana Saleh, pelakon ini menjadi mangsa kecaman netizen kerana dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan terbabit, Mac lalu.

    Pada November tahun lalu, ibu kepada seorang anak itu mendedahkan berkahwin secara rahsia dengan Ude pada 8 Ogos tahun lalu

    Izreen bergelar isteri kedua selama enam bulan sebelum Ude melafazkan talak satu terhadap Intan, Mac lalu.

    Perceraian Ziana Zain dan bekas suami dera anak

    Selepas 20 tahun, rumah tangga Ziana dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri menemui titik noktah pada Julai lalu.

    Perceraian pasangan itu dikatakan berkaitan penderaan mental dialami Ziana, nafkah dan kes dera anak mereka.

    Bekas suaminya kini berdepan tuduhan mencederakan anak lelaki mereka dalam kejadian pada 25 Februari lalu.

    Kontroversi Datuk Farid Kamil

    Pelakon dan pengarah ini mencetuskan kontroversi hangat selepas dikatakan menyerang anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Januari lalu.

    Farid, 37, turut dikatakan di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

    Pada 9 Mac lalu, dia didakwa atas pertuduhan membuat laporan palsu polis mendakwa minuman dimasukkan dadah oleh tiga rakannya.

    Susulan itu, Farid berdepan enam pertuduhan jenayah termasuk kesalahan dadah. Kes masih dibicara di mahkamah.

    Berperang urus Zamani

    Persoalan siapa pengurus sebenar Zamani timbul apabila Johan Aziz dan Aalan Ahmad mengeluarkan kenyataan berbeza mengenai status penyertaannya selepas Zamani gagal menyanyi pada konsert minggu kelima Gegar Vaganza 5.

    Ini berikutan Johan menyuarakan pandangan supaya penyanyi Slam itu menarik diri dari program realiti terbabit namun akhirnya Zamani mengumumkan Aalan pengurusnya.

    Selain itu, penyanyi terbabit kembali menjadi bualan hangat apabila dikatakan berisiko lumpuh akibat masalah tulang belakang melengkung sekiranya tidak menjalani pembedahan.

    Saleem dan Pak Ngah meninggal dunia

    Pemergian penyanyi legenda Saleem dan komposer Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air.

    Pak Ngah, 60, meninggal dunia di Batam, Indonesia 25 September lalu. Saleem, 57, pula meninggal dunia pada 14 Oktober lalu selepas sebulan terbabit dalam nahas di Cheras Selangor

    Pelancaran koleksi baru tudung Neelofa di pusat hiburan

    Sambutan ulang tahun dan pelancaran koleksi tudung baru Neelofa di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota, Februari lalu menerima kecaman hebat orang ramai.

    Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti memberi pandangan selain memberi nasihat kepada Neelofa.

    Satu negara ‘tertipu’ dengan Haqiem Rusli

    Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba penyanyi remaja berbakat besar, Haqiem Rusli mengumumkan mahu berehat dari menyanyi akibat mengalami kemurungan.

    Namun ia sekadar gimik pelancaran single barunya berjudul Selamat Tinggal Sayang.

    Tindakan Haqiem itu membuatkan dia dikecam netizen termasuk rakan artis.

    Dia terus mengundang kemarahan netizen apabila mempercayai dirinya mengalami kemurungan ringan berdasarkan kajian rakan namun kemudian memohon maaf.

    Anak Sarawak ke Hollywood

    Seorang lagi pelakon tempatan, Henry Golding menempa nama di Hollywood, Amerika Syarikat selepas popular menerusi filem Crazy Rich Asians.

    Sejak itu, jejaka kacukan Iban dan Inggeris ini memenuhi pelbagai undangan temu bual termasuk bersama pengacara terkenal Hollywood antaranya Jimmy Fallon dan Ellen De Generes.

    Gambar dan video lucah

    Gambar bogel mirip artis tempatan bukan isu baru. Tahun ini, gambar dan video aksi tidak senonoh seakan mirip beberapa artis terkenal tular di media sosial.

    Antaranya ialah Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Ameer Forteen, Ammar Alfian, Aeril Zafrel dan Nora Danish.

    Bagaimanapun, semua artis terbabit menafikan mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu.

    Disiarkan pada: December 22, 2018 @ 11:13pm
    d