utama

Bertaubatlah Sajat

Oleh Redzuan Muharam

TINDAKAN keterlaluan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah bukan hanya mendapat kecaman warganet tetapi teguran daripada beberapa pendakwah dan penceramah terkenal.

Teguran itu disuarakan mereka menerusi video ceramah yang dimuat naik di Youtube dan laman sosial.

Rata-ratanya meluahkan rasa kesal dengan perbuatan Sajat kerana mencemar kesucian Islam dan berharap ahli perniagaan itu bertaubat selain dikenakan hukuman sebagai pengajaran atas kesalahannya.

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim berkata tindakan Sajat berpakaian wanita ketika di Makkah jelas sekali menghina dan mempermainkan agama Islam.

Menurutnya, sekalipun Sajat mendakwa dia berniat baik, perbuatannya tetap satu kesalahan dan tindakan tegas perlu diambil supaya perkara sama tidak berulang.

“Walaupun perwatakan, body (badan) perempuan, tetap jantan (lelaki).

“Kemudian, pergi umrah, lelaki mana boleh pakai pakaian berjahit, mana boleh pakai telekung?

“Mesti ambil tindakan kerana menghina agama, mempermainkan agama. Salah tetap salah dan nilaian baik bukan kita yang boleh tentukan tetapi Allah,” katanya dalam rakaman video berdurasi tujuh minit yang sehingga kini meraih lebih 1.3 juta tontonan di Youtube.

Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani mengingatkan Sajat supaya kembali kepada fitrah, bertaubat dan mengambil iktibar daripada bala yang pernah diturunkan Allah kepada kaum Nabi Luth.

“Jangan kamu sangka Allah lupa apa kamu lakukan tetapi Allah tangguh sikit saja, nak tunggu masa dan ketikanya.

“Ketika kamu lupa segala peringatan Allah, Allah buka segala pintu maksiat, kamu nak jadi pondan, perempuan, Allah biarkan.

“Sampai kamu rasa gembira sungguh dengan maksiat kamu buat, tengah kamu suka, Allah rentap nyawa dalam keadaan mengejut hingga kamu masuk ke dalam kubur dan tercengang-cengang menghadap Allah,” katanya dalam rakaman video berdurasi 14 minit 58 saat yang dimuat naik di Youtube kelmarin.

Terdahulu kecoh di laman sosial apabila Sajat dilihat bertelekung di Tanah Suci dan gambar tersebar itu mengundang reaksi kurang senang ramai pihak yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan terhadap agama Islam.

Agensi pelancongan yang membawa Sajat dan keluarga menunaikan umrah turut dikecam netizen apabila membiarkan usahawan itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.

Bagaimanapun agensi terbabit tampil menafikan tuduhan warganet sebaliknya menjelaskan, pihaknya hanya membantu mempermudahkan proses umrah dibuat kerana sudah menyarankan jemaah supaya mengikut garis panduan ditetapkan.

Difahamkan, Sajat bersama keluarga, rakan serta mutawwif sudah pulang ke tanah air pagi kelmarin iaitu awal sehari daripada tarikh sepatutnya mereka pulang.

Selepas kembali ke tanah air, Sajat memuat naik video menangis dan mencium Kaabah di ruangan Insta Story.

Dia juga memuat naik beberapa gambar mengenakan jubah wanita berwarna hitam selain turut berpurdah di Masjid Nabawi, Masjid Quba dan Bukit Uhud di Madinah namun masih menutup ruangan komen sehingga kini.

Berita berkaitan

Tak selesa berpakaian lelaki

Sajat kongsi video menangis cium Kaabah

Guna saluran undang-undang bersih nama

Dia Muhammad Sajjad

Sajat dah agak akan kena kecam

Tolong hentikan isu ini - Awal Ashaari

Nampak Sajat berpakaian wanita semalam

Menteri beri 'warning' kes Sajat

'Transgender wajib tunai umrah ikut jantina asal'

Umrah Sajat sah kalau cukup syarat [METROTV]

'Kita nasihatkan Sajat sahajalah'

PAPUH harap Visa Pelancongan tidak ditarik

Pejabat Mufti rujuk jantina Sajat di JPN

Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi

Sajat tidak beri kerjasama kepada JAKIM

Nur Sajat dah dibawa keluar dari Makkah?

Mujahid 'naik angin' dengan Sajat

Isu Sajat banyak hikmah - PU Amin

Sajat dilanda 'kerinduan'

Agensi pelancongan lapor konsulat

Sajat syukur dapat buat umrah

Disiarkan pada: February 8, 2020 @ 9:29pm
d