utama

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

Oleh Rafidah Mat Ruzki

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan tasik di Cyberjaya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman

Ia berikutan kes itu dibawa kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu membunuh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Dr Maizatulnisa Othman, 40, berdekatan sebuah tasik di Jalan Persiaran Sepang Cyber di Cyberjaya, antara jam 11 pagi 29 Ogos hingga jam 1 pagi 30 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding pagi ini, lelaki itu yang berpakaian serba hitam sebelum itu dilihat menangis ketika memasuki mahkamah.

Dia kemudian meminta mahkamah memberikan masa untuknya mendapatkan perkhidmatan guaman dengan alasan tidak dimaklumkan perlu melantik peguam.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya, memaklumkan kepada mahkamah bahawa keluarga tertuduh sudah dimaklumkan mengenai pertuduhan pagi ini tetapi tiada ahli keluarga yang datang ke mahkamah.

Ayuni kemudian menetapkan 14 September sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berita berkaitan

Bunuh pensyarah, bekas suami didakwa esok

Teman wanita suspek kes bunuh pensyarah akan diambil keterangan

Telefon bimbit pensyarah belum ditemui

Anak mangsa bunuh stabil

Tempahan e-hailing bongkar pembunuhan pensyarah

Selam cari telefon bimbit pensyarah dibunuh

Kes bunuh pensyarah: Suami dipercayai curang

Cari isteri hanya lakonan suami

Anak mangsa luah rindu

Bunuh isteri guna tudung

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 10:52am
d