mutakhir

[UPDATE] 6 kereta polis meninggalkan kediaman Najib

Oleh Adzrin Jaafar

ENAM kenderaan polis termasuk dua mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggalkan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, 9.55 malam tadi.

Rombongan kenderaan polis itu dilihat meninggalkan kediaman Najib dengan diiringi dua motosikal peronda polis.

Lima minit sebelum itu, seorang lelaki dipercayai seorang tukang kunci turut meninggalkan kawasan kediaman terbabit.

Kehadiran tukang kunci berkenaan dipercayai antara proses penggeledahan di kediaman bekas Perdana Menteri yang dilakukan polis sejak semalam.

Difahamkan, polis menemui peti keselamatan di kediaman berkenaan pagi tadi. Namun kunci bagi peti besi yang dianggarkan berusia 20 tahun itu dipercayai hilang dan kehadiran tukang kunci terbabit untuk membuka peti besi berkenaan.

Polis mula menggeledah kediaman Najib pada 10.15 malam semalam selepas tiba dengan lebih 15 kereta dan sebuah lori.

Peguam Najib, Harpal Sing Grewal berkata, pasukan polis merampas tiga hingga empat kotak barangan mengandungi beg tangan, hadiah, dan barang peribadi tetapo mendakwa tiada dokumen dirampas.

Berita berkaitan

'10 jam menggerudi peti besi Najib'

'Panggil tukang kunci buka peti besi Najib'

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Disiarkan pada: May 17, 2018 @ 10:36pm
d