mutakhir

'Berkat bulan Ramadan, dapat bersama bonda'

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Awaina Arbee

DATUK Seri Najib Razak mengambil peluang berbuka puasa bersama ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah, hari ini, walaupun berdepan ujian getir apabila puluhan polis menyerbu kediamannya sejak semalam.

Bekas Perdana Menteri itu turut berkongsi gambarnya bersama Tun Rahah, yang dimuat naik di akaun Instagram rasminya.

“Alhamdulillah, berkat bulan Ramadan, dapat bersama bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat Tarawih tadi,” katanya.

Gambar itu turut mendapat lebih 49,000 ‘likes’ setakat 11.45 malam tadi.

Sejak semalam, kediaman Najib di Taman Duta dan Pavilion Residence Apartment diserbu polis.

Polis mula menggeledah kediaman Najib pada 10.15 malam semalam selepas tiba dengan lebih 15 kereta dan sebuah lori.

Peguam Najib, Harpal Sing Grewal berkata, pasukan polis merampas tiga hingga empat kotak barangan mengandungi beg tangan, hadiah, dan barang peribadi tetapo mendakwa tiada dokumen dirampas.

Berita berkaitan

'10 jam menggerudi peti besi Najib'

'Panggil tukang kunci buka peti besi Najib'

Terpulang pada polis - Tun M

'Setia menunggu mahu bertemu Najib'

Rumah anak Najib pun diserbu

Polis belum beredar dari rumah Najib

Rampas barang peribadi sahaja - Peguam Najib

Bawa keluar barang rampasan [METROTV]

Polis masih di kediaman Najib

Polis sah geledah dokumen di rumah Najib

Polis 'masuk' satu lagi kediaman Najib

Media mula 'berkampung' depan rumah Najib

Polis 'masuk' kediaman Najib di Taman Duta [METROTV]

Disiarkan pada: May 17, 2018 @ 11:53pm
d